ZOZ:FINAL HOUR

15-player Adventure Zombie Game
title
2023.01.11

[Panduan Pemula] Cara untuk Hidup, Cara untuk Menang

 

Askar Upahan yang dihormati, selamat datang ke San Yager, bandar yang ditawan zombi. Taklimat misi anda agak singkat untuk diterangkan: kumpul Kristal Darah yang mencukupi, panggil helikopter dan berpindah. Bunyinya mudah, bukan? Ia tidak semudah itu.
Arahan berikut adalah penting untuk anda meneruskan hidup dan menyelesaikan misi, dan saya, Victoria, mungkin satu-satunya orang di sini yang sanggup memberitahu anda sebanyak ini——setiap Askar Upahan lain ialah bakal lawan anda, walaupun kadangkala anda mungkin bekerjasama dengan salah seorang daripada mereka. Sekarang biar saya terangkan peraturan kemandirian dan kemenangan.

[Nota: Mekanisme yang diterangkan di sini terpakai untuk Beta Terbuka (sehingga kemas kini pada 3.11.2022) dan tertakluk pada pelarasan dalam versi akan datang.]

 


Fasa Persediaan

Selepas misi bermula, anda akan memasuki San Yager melalui helikopter dengan Askar Upahan lain. Ini ialah fasa persediaan, untuk anda periksa peta dan beli peralatan anda daripada aneka jenis senjata, perisai, kemahiran rawak, bekalan semula dan faedah istimewa sebelum memasuki medan perang——jangan risau, Tempat Perlindungan telah membiayai kos misi dan menawarkan anda peruntukan permulaan. Kadang kala akan ada diskaun dan pembiayaan tambahan, tetapi anda harus sentiasa berfikir dua kali sebelum memasuki San Yager, kerana peruntukan adalah terhad.

Selepas memeriksa peta dan memilih peralatan, anda boleh menerbangkan helikopter di atas San Yager dan memilih lokasi pendaratan untuk turun. Ada beberapa blok yang mempunyai Kristal Darah atau peti bekalan semula tahap maju, sementara blok lain hanya mempunyai bekalan semula tahap biasa. Inilah masanya untuk anda melaksanakan perancangan strategik anda——sama ada untuk mengumpulkan Kristal Darah dan memanggil helikopter pemindahan apace, atau mempersenjatai diri dengan peralatan tahap lebih tinggi dan merampas helikopter Askar Upahan lain, semuanya terpulang kepada anda.


Jalan Menuju Kemenangan

Sebelum melihat San Yager dengan lebih dekat, sudah tiba masanya untuk arahan kemandirian dan kemenangan. Pada asasnya, ada 6 perkara yang anda harus sentiasa ingat:
Pertama, mempersenjatai diri dengan semua yang anda boleh jumpa, ini akan menambah peluang kemandirian anda;
Kedua, kenali musuh anda, ini termasuk mutan khas di kalangan zombi dan Askar Upahan lain;
Ketiga, mengumpul Kristal Darah, kerana ini ialah kunci untuk menaiki helikopter pemindahan; 
Keempat, memanggil helikopter pemindahan, detik paling hebat dalam keseluruhan misi;
Kelima, merampas juga satu pilihan jika seseorang telah memanggil helikopter pemindahan;
Dan keenam, ada cara lain untuk menang, kosnya adalah menjadi zombi. 
Baiklah, saya akan menerangkan peraturan ini secara terperinci dan anda patut mengingatinya. 

 

1 Mempersenjatai Diri

-Senjata dan Perisai
Di medan perang, anda boleh membawa dua senjata jarak jauh dan satu senjata melee, lengkapkan dengan perisai, ves dan topi keledar. Semua senjata dan perisai boleh ditemui apabila membuka kotak, almari, peti dan dalam kalangan jatuhan zombi, semua mata sumber yang tidak dirampas ditanda pada peta mini. Anda juga boleh membeli senjata dari kedai di dalam Rumah Selamat.
Senjata boleh ditingkatkan apabila anda telah mengumpulkan Bahan Mod yang mencukupi. Anda boleh memilih satu peningkatan daripada dua pilihan. Senjata tahap maju——AK-47m boleh ditemui apabila membuka kotak bekalan semula tahap maju di dalam blok tertentu.
Perisai mempunyai tahap berbeza, anda boleh menggantikan perisai yang dipakai dengan perisai bertahap lebih tinggi yang memberikan lebih banyak HP, lebih banyak amunisi dan kapasiti pembalut dan lebih banyak pengurangan serangan tembakan kepala.
Anda boleh mencuba senjata dan perisai di lapangan menembak apabila anda di Pangkalan Askar Upahan. 
Ketahui lebih lanjut tentang senjata: http://www.gamezoz.com/news/strategy/weapons/20220915/37934_1029306.html
-Kemahiran
Anda boleh membawa tidak lebih daripada 2 Kemahiran. Semua Kemahiran boleh ditemui apabila membuka kotak, almari, peti dan di kalangan jatuhan zombi. Anda juga boleh membeli Kemahiran dari kedai di dalam Rumah Selamat.
Anda boleh mencuba Kemahiran di lapangan menembak apabila anda berada di Pangkalan Askar Upahan. 
Ketahui lebih lanjut tentang Kemahiran: http://www.gamezoz.com/news/strategy/weapons/20221011/37934_1046322.html
-Faedah Istimewa
Anda boleh membawa tidak lebih daripada 6 faedah. Semua faedah istimewa boleh ditemui apabila membuka kotak, almari, peti dan di kalangan jatuhan zombi. Anda juga boleh memilih satu faedah daripada tiga pilihan apabila membuka beg tangan.
Ketahui lebih lanjut tentang faedah: http://www.gamezoz.com/news/strategy/skills/20220915/37935_1037220.html
-Bekalan dan Zees
Kapasiti bekalan bergantung pada ves yang anda pakai, sementara itu tiada had untuk kumpulkan Zees. Gunakan pembalut untuk pulihkan HP dan Kardiotonik untuk hidup semula apabila anda dijatuhkan. Gunakan Zees untuk membeli senjata, Kemahiran dari kedai di dalam Rumah Selamat atau segar semula senarai kedai.
-Rumah Selamat
Setiap blok mempunyai Rumah Selamat untuk anda sembuh, beli senjata dan Kemahiran di kedai dan memerhati lokasi Askar Upahan lain dengan Mesin Perisikan. Rumah Selamat juga ialah zon kedamaian di mana tiada siapa boleh menggunakan sebarang senjata dan Askar Upahan Zombi akan dihapuskan dengan segera, melainkan suis di luar Rumah Selamat ditarik. 

Apabila anda dijatuhkan, selain menggunakan Kardiotonik, anda juga boleh mencari Rumah Selamat terdekat dan sembuh di Katil Perubatan. Apabila anda dihapuskan, anda boleh memilih Rumah Selamat untuk hidup semula dan kembali ke medan perang.

 

 

2 Kenali Musuh Anda

San Yager kini sebuah bandar yang dipenuhi zombi, tiada manusia ataupun haiwan yang masih hidup di mana-mana di bandar, setakat yang kami kesan. Oleh itu, tembak sesuka hati apabila anda nampak sebarang makhluk bernyawa.
Berhati-hati dengan beberapa mutan khas--ia lebih kuat daripada zombi biasa atau mempunyai kemahiran yang boleh membawa maut kepada anda, jauhkan diri daripadanya atau hapuskannya secepat mungkin dengan tembakan sepenuhnya.
Ketahui lebih lanjut tentang mutan istimewa: http://www.gamezoz.com/news/strategy/others/20221020/37936_1047646.html
Sementara itu, Askar Upahan lain tidak mesra dengan anda, kerana kedua-dua bilangan Kristal Darah dan masa misi adalah terhad——yang berjaya berpindah ialah pemenang. Anda boleh memilih untuk bersendirian atau berpasukan dengan Askar Upahan lain sebelum memulakan misi. Apabila anda solo, anda boleh memasuki medan perang dengan 13 Askar Upahan solo lain, sementara 7 duo akan menjadi lawan anda apabila anda berada dalam pasukan dua orang.

 

 

3 Mengumpul Kristal Darah

-Mengekstrak dari Inkubator
Kaedah pertama untuk mendapatkan Kristal Darah ialah ekstrak dari Inkubator——zombi khas yang telah terhablur sepenuhnya dan, sudah tentu, telah betul-betul mati. Kelebihannya ialah anda boleh memastikan yang Kristal Darah berada di tangan anda sendiri dan HP anda akan bertambah, sementara kelemahannya ialah anda boleh menjadi sasaran lawan lain, kerana peta mini menunjukkan lokasi setiap Kristal Darah, membawanya bersama anda bermakna lokasi anda juga telah terdedah kepada orang lain.  

Kristal Darah yang dijatuhkan dan Inkubator yang tidak diekstrak akan mengeluarkan pancaran merah yang boleh dilihat, dan ia mudah dilihat dengan mata kasar. Anda boleh memanfaatkan ciri ini dan jatuhkan KD anda yang telah dikumpulkan, lalu menggunakannya sebagai umpan untuk memancing Askar Upahan lain.

-Merampas Kristal Darah Askar Upahan lain
Askar Upahan lain di dalam misi yang sama juga akan mengumpul Kristal Darah, dan kaedah kedua adalah merampasnya daripada mereka. Mengambil KD daripada Askar Upahan lain bermakna pertempuran langsung. Anda boleh memeriksa peta mini untuk mencari lokasi Askar Upahan yang membawa Kristal Darah——Lagipun, KD tidak boleh bergerak sendiri.

 

 


4 Memanggil Pemindahan

-Kumpulkan Kristal Darah yang mencukupi
Jika anda mahu memanggil helikopter pemindahan, anda perlu mengumpulkan Kristal Darah yang mencukupi. Terdapat tiga peluang untuk berpindah dalam misi, di mana setiap panggilan memerlukan 5 Kristal Darah untuk menaiki helikopter.

-Pilih kawasan yang selamat untuk memanggil helikopter pemindahan
Apabila anda telah mengumpulkan Kristal Darah yang mencukupi, anda boleh memasang Pemancar Isyarat untuk memanggil helikopter pemindahan. Walau bagaimanapun, helikopter akan mengambil masa 4 minit untuk sampai. Semasa 4 minit ini, anda perlu kekal selamat untuk berpindah. Pilih tempat yang sesuai untuk memanggil helikopter pemindahan adalah penting——anda boleh memilih kawasan yang lebih tinggi dan mudah untuk dipertahankan, seperti atas bumbung dan menara loceng, atau memasang sahaja Pemancar di kawasan terbuka dan menyembunyi dan menembak hendap Askar Upahan lain. Selain itu, apabila anda menemui Pemancar Askar Upahan lain, anda boleh mendekati dan memusnahkannya dan menghentikan isyarat panggilan helikopter pemindahan.   

-Dapatkan bekalan pemindahan
Semasa menunggu helikopter pemindahan, beberapa peti bekalan akan dijatuhkan ke zon isyarat. Harap maklum bahawa jatuhan itu akan menarik perhatian Askar Upahan lain, jadi ingat untuk kekal berwaspada apabila mendapatkan bekalan.

-Periksa Kristal Darah semasa Menaiki
Apabila helikopter sampai ke tempat pemindahan, lingkaran pemindahan akan mengambil masa beberapa saat untuk dikeluarkan dan anda harus memasuki lingkaran itu. 

Ia akan mengambil beberapa saat tambahan untuk memeriksa bilangan Kristal Darah. Jika anda tidak mempunyai Kristal Darah yang mencukupi, akses menaiki helikopter tidak akan dibenarkan.  

Sementara itu, Askar Upahan lain masih boleh menyerang anda, mengambil Kristal Darah dan merampas helikopter. Jadi, jangan leka sehingga anda berjaya berpindah!   

 

 

 


5 Merampas: Menyelinap dan Serang

Detik apabila helikopter pemindahan dipanggil dan tiba ialah detik yang paling tegang dalam keseluruhan misi——itu mungkin beberapa minit yang paling lama jika anda yang memanggil helikopter, ini kerana anda tidak mengetahui bilangan Askar Upahan yang sedang menuju je arah tempat pemindahan untuk menghalang anda. Saya telah melihat banyak kali di mana Askar Upahan bersangka bahawa mereka berjaya berpindah, tetapi dibunuh sebelum mereka boleh menaiki helikopter, meninggalkan peluang pemindahan kepada perampas. Sementara itu, anda juga boleh memilih untuk menjadi orang yang menyerang hendap orang lain dan merampas kemenangan daripada mereka. Pendek kata, itu ialah detik rebutan untuk semua.  

 

Kenapa merampas?
Pemindahan memerlukan Kristal Darah yang mencukupi, merompak Askar Upahan yang telah memanggil helikopter akan memastikan bahawa terdapat Kristal Darah yang mencukupi tersedia untuk pemindahan segera. Tambahan pula, hanya ada 3 peluang untuk berpindah dalam setiap perlawanan, dengan mengganggu pemain lain daripada berpindah akan menambah peluang kemenangan anda sendiri.

Cara untuk Merampas
Idea 1: Pilih kawasan terlindung yang boleh memerhatikan kawasan pemindahan dan menyerang hendap Askar Upahan yang mahu berpindah sebelum mereka pergi.
Idea 2: Gunakan Kemahiran seperti Serangan Tertumpu, Menara MG atau Koktail Molotov untuk menghalang lawan daripada sampai ke kawasan pemindahan.

 

Cara untuk Mengatasi Rampasan
Kaedah 1: Jatuhkan Kristal Darah dan gunakannya sebagai umpan.
Kaedah 2: Gunakan Kemahiran seperti Grenad Asap, Perisai Mekanikal atau Pemancar Holografik dan terus bergerak untuk mengelak daripada diganggu semasa pemindahan.

Sudah tentu, ada lebih banyak cara untuk merampas dan mengatasi rampasan, terpulang kepada anda untuk mencubanya.  

 


6 Menjadi Orang Lain, Menjadi Yang Lain

Anda ingat sebelum ini saya pernah menyebut yang anda boleh hidup semula di Rumah Selamat selepas dihapuskan? Itu tidak bermakna anda sentiasa boleh kembali sebagai manusia. Apabila bilangan penghapusan anda mencapai 6, mutasi tidak boleh dihalang dan anda akan menjadi Askar Upahan Zombi dengan kebolehan mengesan Askar Upahan Manusia terdekat di sekeliling anda.

Menurut kajian lapangan kami, Askar Upahan Tukaran tidak boleh menggunakan sebarang item dari medan perang, tetapi cukup kuat dengan stamina tanpa had untuk berlari lebih pantas, mendaki lebih tinggi dan memberikan kuasa serangan yang banyak dengan serangan melee; selain itu, ia boleh berevolusi dan memiliki pelbagai kemahiran maut, menyerang akan mempercepatkan kelajuan evolusi.  

 

Sementara itu, ia tidak boleh mencederakan satu sama lain dan hanya mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu membunuh Askar Upahan Manusia seramai mungkin——itu cara ia bersaing, hanya 3 teratas dalam jumlah pembunuhan Askar Upahan Manusia boleh menjadi pemenang.

 

Ketahui lebih lanjut tentang Kemahiran Askar Upahan Zombi:  http://www.gamezoz.com/news/strategy/skills/20220916/37935_1035193.html

 

[Nota: Dalam mod Solo, apabila pemain dijatuhkan, mereka juga boleh memilih untuk bermutasi sebagai Askar Upahan Zombi dengan menekan butang mutasi walaupun bilangan kematian belum mencapai 6. Dalam mod Duo, apabila pemain dibunuh sebanyak 6 kali, mereka akan memasuki perspektif penonton, memerhatikan teman sepasukan; apabila teman sepasukan juga dibunuh sebanyak 6 kali, kedua-dua mereka akan bertukar menjadi Askar Upahan Zombi, seorang di kawasan kematian, seorang lain di kawasan hidup semula Askar Upahan Zombi terdekat.]
 

Seperkara lagi, anda boleh mengikuti Facebook kami (https://www.facebook.com/ZOZFinalHour) dan menyertai pelayan Discord kami (http://discord.gg/EncGWSEWbs) untuk mendapatkan maklumat terkini, bersembang dengan Askar Upahan lain di seluruh dunia dan terus menghantar sebarang jenis maklum balas kepada kami. Sokongan anda ialah harta yang kami hargai!  
Itu sahaja yang saya boleh beritahu anda sebelum misi bermula. Sekarang siapkan diri, nikmati pertempuran dan jadilah pemenang.  
Semoga berjaya di San Yager!  
 
Yang benar,
Victoria